Sunday, March 31, 2013

Dagang Manusia

Assalamualaikum.. :)

Aku ni jarang update blog, tambah plak memang tak pandai nak attach iklan tu semua.. dah cuba tapi tak berjaya.. huhu. takpe lah, nanti aku improve kasi cantik. Lulz!~

Tajuk entry bunyi macam tak bleh blah, tapi tu lah kenyataannya sekarang ni. Sekarang ni? Ya, sekarang dan mungkin masa-masa akan datang. 

Baru aku rasa macam nak share dengan korang lepas dah baca novel berjudul "Trafficked". 


Novel ni pasal sorang budak perempuan berasal dari England kena dagang dengan boyfriend dia sendiri. Dia dipaksa jadi hamba seks kat Italy semata-mata untuk lunaskan hutang jantan tu. Perjalanan hidup dia selama 4 bulan jadi pelacur sangat menyedihkan. :'(

Mula-mula baca macam biasa-biasa je jalan cerita dia, tapi bila dah terfikir apa yang dia cuba nak sampaikan, baru lah aku dapat pengisian tu. Benda tu berlaku kat Europe, kat sana mungkin memang banyak kot kes dagang-dagang orang ni. Tapi kat sini, ya! sini, di Malaysia di negara aku sendiri ni, memang dah ada pun kegiatan macam ni. Dah macam seludup-seludup barang, tapi ni ORANG!

Perempuan dari China mai sini kena jadi pelacur, budak-budak dari Myanmar/Cambodia mai sini kena jadi peminta sedekah. Budak-budak kita yang hilang kena culik tak jumpa-jumpa tu apa citer? tah hidup tah tak, mungkin dorang semua masih hidup, tapi life dia macam mana plak? kena jual ke? dengan sapa? jadi apa? Wallahu'alam..

Zaman sekarang ni memang dah tak boleh nak percayakan orang sangat. Bukan macam dulu, aku pergi balik sekolah jalan kaki pun masih ada rasa selamat lagi, plus orang keliling kita dah kenal. Sekarang tak, balik sekolah sesorang memang ada je yang dok perhatikan, pastu orang keliling plak jenis selfish. Kalau ade yang ramah semacam orang tak kenal tegur-tegur kita tu jangan layan sangat. Kenalah hati-hati. 

Kerajaan pun dah banyak iklankan pasal kes perdagang manusia ni, banteras tu banteras ni tapi tak jalan jugak kalau kita sendiri tak amik kesah. Ni antara kes jenayah paling besar kat dunia kot. DUNIA!

Kalau ada adik-adik ke, sepupu sepapat, awek korang ke, kawan2 ke, korang jaga lah bebaik. Budak sekarang ni kalau kena control sikit tak bleh. Nanti kata itu lah ni lah, kang dah terkena baru tau. Apa-apa pun jaga diri.

Korang pernah tengok movie TAKEN tak? lebih kurang macam tu lah.. hehe

K bye. :)

Thursday, March 21, 2013

Kesan kasut tumit tinggi

Assalamualaikum.. Hello guys. :)


Well, kali ni nak share something pasal high heels ni terutama sekali perempuan-perempuan kat luar sana, termasuk juga aku. Kebanyakkan kita yang girls ni memang cukup suka bab kasut kalau boleh memang nak sentiasa up-to-date and trendy (lah sangat), even pakai selipar jek keluar. Kalau boleh every month mesti nak shopping kasut untuk yang penggila kasut ni la, aku pun tak terkecuali. =,= 

Tumit terlalu halus

Memang cantik si pemakai menggayakan bermacam-macam design and colours of shoes for women especially, tapi actually mereka tu sebenarnya tahan sakit semata-mata nak kelihatan cantik/Elegan. Lulz!~

Yeaahhh.. u know what, one of many reasons they will say that it more confidence if wearing high heels.

Aku cakap pasal kasut ni pun sebab aku ada terbaca beberapa artikal tentang kesan pemakaian kasut tumit tinggi ni, tambah pula terjadi pada aku sendiri, based on my experience since I wore high heel shoes. Now, dah kurang pakai high heels ni.

6 inch maybe..

Ni aku nak bagitau kenapa kita semua kena tahu kesan-kesan dia. Ada beberapa sebab:-

Tulang belakang boleh jadi bengkok/melengkung
Bila pakai kasut tumit tinggi, pinggul akan condong ke depan, tulang belakang akan menjadi lengkung dan bertumpu ke belakang untuk perbetulkan keseimbangan badan semasa berjalan. 

Tulang jari kaki boleh bengkok
Biasanya bentuk kasut dibahagian depan lebih kecil atau runcing dari saiz muatan jari. So, bila pakai jari-jari akan akan jadi bengkok sebab (neuroma) dipaksa masuk di bahagian depan yang sempit jika terlalu kerap memakai kasut tumit tinggi.

Sakit Sendi/Osteoarthritis di bahagian lutut
Ini memang terjadi kat aku sendiri, kalau pakai high heels, akan mengubah cara berjalan untuk control keseimbangan semasa berjalan, ini menyebabkan tekanan pada lutut. Lutut pun akan sakit lah. Huhu

Tendon Achilles menjadi pendek
Tendon Achilles adalah penghubung yang menghubungkan otot betis dengan tulang tumit dan memastikan jari-jari kaki fleksibel ketika berjalan. Pemakaian kasut tumit tinggi yang kerap boleh menjauhkan tapak kaki dari bersentuhan/selari dengan permukaan tanah, maka Tendon Achilles tak dapat 'memanjang' sepenuhnya dan akan menjadi pendek dan tak berasa selesa bila pakai flat shoes

If korang perasan, time pakai high heels seharian, then bila tanggal kasut tu, mesti korang rasa tapak kaki rata semacam bila pijak lantai lepas tu rasa letih kat bahagian betis. 

Kecacatan Haglunds
Dimana berlaku pembesaran tulang bahagian belakang kaki sehingga bengkak, merah dan sakit. Perjalanan darah tak lancar.

Pengaruhi tahap kesuburan
Menyebabkan sakit pada bahagian rahang, leher dan kepala serta kitaran haid tak stabil. Sistem pembuangan tak lancar dan sukar untuk membuang air besar atau kecil. Boleh membawa masalah kesuburan.

Kalau kerap sangat pakai kasut macam ni memang beri kesan jangka masa panjang. Cuba ubah dengan pakai flat shoes/sneakers sesekali tu kan, boleh rehat sikit kaki tu dari asyik terseksa je pakai tumit tinggi ni. Nak pakai yang bertumit pun boleh tapi jangan lebih dari 1 inci. Wahhhh.... ok lah tu, tak payah tinggi sangat.

Ni pun kira comel apa.. Ho ho ho

Trend anak muda zaman sekarang. :)


Ok lah, sampai sini saja. TQ  :)

Monday, March 18, 2013

Tapak kasut siapa lah ni!



Assalamualaikum... Hye :)

Wow, korang mesti pernah pergi mana-mana tandas awam kan lepas tu nampak plak tapak kasut kat atas tandas duduk tu. Arrggghhh!!.. Siapa punya kerja ni wey! I really hate this situation. 

Budaya apa ya yang mereka ikut ni? Huhu

Agak-agak lah kalau nak guna tandas duduk tu sampai bertenggek kat atas, ini memang rude. Kalau taktau guna toilet bowl tu, guna yang cangkung punya. If, dresses vogue macam mana skali pun tapi masuk tandas konon macam gaya kampung jakun macam tu baik tak payah wey. 

Hooiiiii.. Orang kampung pun tak macam tu skali la dorang pun tau nak guna. Sorry lah kali ni agak emotional sikit. Ingat punggung aku ni cop tapak kasut ke. huhu 

Zaman yang serba moden la katanya sekarang ni pun masih ada lagi manusia yang pemikiran belum dikira bertamadun. Perasan jugak la banyak tempat kat shopping mall especially, mesti nampak tapak kasut tu kat tandas duduk ni. Bukan ke dorang provide 2 type of toilet bowls, seats and squats.

Tandas awam tu kotor bukan sebab memang dah kotor, tapi tu semua dari sikap-sikap sesetengah manusia yang memang tak bertanggungjawab. Orang-orang jenis macam ni taktau ke kesan menenggek kat toilet bowl tu? 



Potensi sangat tinggi untuk mangkuk tu pecah kalau yang duduk menenggek tu bukan sorang dua setiap kali guna. Rasanya dah banyak kes macam ni tapi masih ada yang tak alert sebab belum kena kat diri sendiri. 


Bye.. :)

Saturday, March 16, 2013

Kemalasan melanda

Assalamualaikum.. and Hye. :)

Nak bagitau ni, korang pernah rasa diri tu malas. Malas nak buat semua benda lah senang citer. Malas nak kemas umah, malas nak basuh baju, malas nak buat assignment, malas nak makan, malas nak g kerja, sampai kat tempat keje pon rasa macam tension jek. Semua lah..

I taktau kenapa lately tahap kemalasan tu datang tanpa diundang. Bila nak buat apa rasa macam terpaksa je kena buat, bila dah terpaksa tentu hati merungut kan, so tak ikhlas la jawabnya..

I pon cari lah some solutions untuk menjauhkan diri dari kemalasan ni. Well, serik sebenarnya bila kerja buat pon last minute and terpaksa. Assigment patotnya submit on time, I plak submit the next 2 weeks. Tak ke teruk namanya tu. Bila carry mark merudum baru nak menyesal sebab takut tak boleh cover dengan final exam. Plus pointer pon jatuh. Adehh...

Ok, 1st thing yang I akan buat, I kena susun kerja yang patot kena buat dulu. Macam assignment yang nak kena submit awal dari yang lain, itu yang di dahulukan, baru buat yang lain-lain. Kerja-kerja rumah tengok jugak hari apa free, selasa takde kelas, so buat hari selasa tu memang my turn untuk kemas-kemas rumah lah semua. Tak suka buat, pon kena buat jugak sebab kalau rumah bersepah diri sendiri gak yang rasa tak selesa.

2nd thing, kurangkan aktiviti-aktiviti tak berfaedah ni macam facebook! Twitter! Lulz. Melepak dengan kawan-kawan tapi borak kosong jek tambah ngumpat-ngumpat lagi, haa... tu skali skala boleh lah untuk jumpa kawan-kawan lama tak jumpa ke kan. Kalau dah kerap sangat memang buang masa lah, plak tu balik umah semua benda tak buat.

3rd, kuatkan semangat, gagahkan diri untuk jadi tak malas sebab skali kalau dah ada perasaan malas benda tu akan menular untuk malas segalanya. Buat gak dan cuba untuk senangkan diri dengan apa yang kita buat. So, bila hati kita senang semua benda kita buat pon akan jadi senang.

4th, Kalau dah tak boleh sangat berdoa lah. Huhu

Dah lah, sampai sini je I bleh taip. Takde benda lagi dah nak cakap sebab otak pon macam dah tak boleh pikir. Stress maybe coz banyak keje. LOL


Happy reading. :)

Monday, March 11, 2013

Mimpi iPhone 5



Assalamualaikum and hye... :)

Semalam sambil-sambil buat assignment, ada jugak google iPhone 5, berangan nak memiliki gadget yang berjenama terkenal dunia tu. Siap survey kat Mudah.my lagi. 

Lepas tengok-tengok dan kenalpasti fungsi dia macam berminat sangat-sangat, plus 1 of my friends dah grab awal-awal lagi. Dia ada 2 warna iaitu hitam dan putih. Ciri-ciri dia korang boleh tengok sendiri kat website dia sebab malas nak terangkan lagipun tak banyak beza pun dengan iPhone 4.

front and back

white colour

Kemudian bila dah siap semua assignment, aku pun kemas-kemas barang, cuci muka pastu tido. Ok, macam mana entah, boleh plak mimpi pasal iPhone 5 ni.

Beli kat mudah.my, pastu survey punya survey ada yang nak jual dengan harga RM1700. Kira murah nak di bandingkan dengan harga asal. Call mamat yang iklan kan gadget ni konon dia nak jual.

Esok plan nak jumpa kat area rumah aku ni, malam tu jumpa dia. Dia datang dengan kawan dia sorang. Lepas dah berbincang, hati jadi tak sedap plak. Dia kata harga bukan RM1700 tapi RM2100. I was like, O_o Haa!! (baik beli kat kedai je).

Tanya dia, "kenapa harga dah berubah?"

Mamat tu jawab, "Maaf lah, saya memang dealer dari Apple center, saya tak jual terpakai"

Aku pon ok jelah, malas nak pikir-pikir sangat. lagipun dah malam. Aku pun withdraw duit dan bayar pada dia. Set box iPhone 5 warna putih aku dapat. Tapi aku pun tak teringat yang aku bagi dia pegang HP aku lagi 1, Samsung Galaxy Ace, tapi dah retak skrinnya. Nampak mereka berdua berbisik sesama sendiri tapi apa yang dibisikkan aku tak tau.

Aku pun pulang dengan rasa perasaan yang pelik!

Dalam perjalanan pulang tu, baru aku sedar yang HP aku ada pada dorang. Aku cuma bawak iPhone 5 yang baru dibeli jek. Excited bebenor!

Tapi bila patah balik tengok dorang dah pergi! Ok, aku pon terus pergi kedai untuk beli nombor fon yang baru. Bila bukak kotak fon baru tu, aku terkejut gila sebab iPhone 5 yang aku dapat bukan ORIGINAL, tapi CLONE punyaa.... haaa amik kaw!

Apa perasaan aku masa tu? 

1) Aku rasa sayang dengan fon lama tu, tapi dah takde, plus nombor fon lama tu penting!
2) Rasa macam bodoh sangat sebab tak check kotak tu depan dorang. ;(
3) Duit dah burn sebanyak 2k, saving rasa tak cukup plak sebab time tu baru sedar membazir.

Tiba-tiba terjaga dari tido terus rasa down sangat and nak nangis.. rasa benda tu macam real je. Tangan meraba-raba sisi katil nak grab fon, tengok jam dah pukul 2.45 pagi.

Terus bangun pergi toilet terus amik wuduk dan solat isyak.

Haa.. itu lah dia penangan iPhone 5, hik hik hik

Lepas ni takde dah pikir nak tukar fon baru, sebab rasa fon yang ada ni dah cukup bernilai walaupun skrin retak. ;P

Owh yer, x dapat nak tunjukkan fon yang retak ni.. lain kali jelah.


Happy reading!  :)