Sunday, March 31, 2013

Dagang Manusia

Assalamualaikum.. :)

Aku ni jarang update blog, tambah plak memang tak pandai nak attach iklan tu semua.. dah cuba tapi tak berjaya.. huhu. takpe lah, nanti aku improve kasi cantik. Lulz!~

Tajuk entry bunyi macam tak bleh blah, tapi tu lah kenyataannya sekarang ni. Sekarang ni? Ya, sekarang dan mungkin masa-masa akan datang. 

Baru aku rasa macam nak share dengan korang lepas dah baca novel berjudul "Trafficked". 


Novel ni pasal sorang budak perempuan berasal dari England kena dagang dengan boyfriend dia sendiri. Dia dipaksa jadi hamba seks kat Italy semata-mata untuk lunaskan hutang jantan tu. Perjalanan hidup dia selama 4 bulan jadi pelacur sangat menyedihkan. :'(

Mula-mula baca macam biasa-biasa je jalan cerita dia, tapi bila dah terfikir apa yang dia cuba nak sampaikan, baru lah aku dapat pengisian tu. Benda tu berlaku kat Europe, kat sana mungkin memang banyak kot kes dagang-dagang orang ni. Tapi kat sini, ya! sini, di Malaysia di negara aku sendiri ni, memang dah ada pun kegiatan macam ni. Dah macam seludup-seludup barang, tapi ni ORANG!

Perempuan dari China mai sini kena jadi pelacur, budak-budak dari Myanmar/Cambodia mai sini kena jadi peminta sedekah. Budak-budak kita yang hilang kena culik tak jumpa-jumpa tu apa citer? tah hidup tah tak, mungkin dorang semua masih hidup, tapi life dia macam mana plak? kena jual ke? dengan sapa? jadi apa? Wallahu'alam..

Zaman sekarang ni memang dah tak boleh nak percayakan orang sangat. Bukan macam dulu, aku pergi balik sekolah jalan kaki pun masih ada rasa selamat lagi, plus orang keliling kita dah kenal. Sekarang tak, balik sekolah sesorang memang ada je yang dok perhatikan, pastu orang keliling plak jenis selfish. Kalau ade yang ramah semacam orang tak kenal tegur-tegur kita tu jangan layan sangat. Kenalah hati-hati. 

Kerajaan pun dah banyak iklankan pasal kes perdagang manusia ni, banteras tu banteras ni tapi tak jalan jugak kalau kita sendiri tak amik kesah. Ni antara kes jenayah paling besar kat dunia kot. DUNIA!

Kalau ada adik-adik ke, sepupu sepapat, awek korang ke, kawan2 ke, korang jaga lah bebaik. Budak sekarang ni kalau kena control sikit tak bleh. Nanti kata itu lah ni lah, kang dah terkena baru tau. Apa-apa pun jaga diri.

Korang pernah tengok movie TAKEN tak? lebih kurang macam tu lah.. hehe

K bye. :)

2 comments:

  1. Betul..beza dengan zaman Dezee masa kecil dulu..semua rasa selamat..walaupun balik sekolah seorang diri. Kita sendiri semakin selfish..amalkan double standard dan sifat kejiranan itu sendiri dah semakin tiada.

    ReplyDelete
    Replies
    1. dulu masa kecik2 xde lah rasa takut pon.. skrg ni tak selamat dah.. kat KL ni mmg nampak sgt ketara selfish tu..

      Delete