Thursday, March 21, 2013

Kesan kasut tumit tinggi

Assalamualaikum.. Hello guys. :)


Well, kali ni nak share something pasal high heels ni terutama sekali perempuan-perempuan kat luar sana, termasuk juga aku. Kebanyakkan kita yang girls ni memang cukup suka bab kasut kalau boleh memang nak sentiasa up-to-date and trendy (lah sangat), even pakai selipar jek keluar. Kalau boleh every month mesti nak shopping kasut untuk yang penggila kasut ni la, aku pun tak terkecuali. =,= 

Tumit terlalu halus

Memang cantik si pemakai menggayakan bermacam-macam design and colours of shoes for women especially, tapi actually mereka tu sebenarnya tahan sakit semata-mata nak kelihatan cantik/Elegan. Lulz!~

Yeaahhh.. u know what, one of many reasons they will say that it more confidence if wearing high heels.

Aku cakap pasal kasut ni pun sebab aku ada terbaca beberapa artikal tentang kesan pemakaian kasut tumit tinggi ni, tambah pula terjadi pada aku sendiri, based on my experience since I wore high heel shoes. Now, dah kurang pakai high heels ni.

6 inch maybe..

Ni aku nak bagitau kenapa kita semua kena tahu kesan-kesan dia. Ada beberapa sebab:-

Tulang belakang boleh jadi bengkok/melengkung
Bila pakai kasut tumit tinggi, pinggul akan condong ke depan, tulang belakang akan menjadi lengkung dan bertumpu ke belakang untuk perbetulkan keseimbangan badan semasa berjalan. 

Tulang jari kaki boleh bengkok
Biasanya bentuk kasut dibahagian depan lebih kecil atau runcing dari saiz muatan jari. So, bila pakai jari-jari akan akan jadi bengkok sebab (neuroma) dipaksa masuk di bahagian depan yang sempit jika terlalu kerap memakai kasut tumit tinggi.

Sakit Sendi/Osteoarthritis di bahagian lutut
Ini memang terjadi kat aku sendiri, kalau pakai high heels, akan mengubah cara berjalan untuk control keseimbangan semasa berjalan, ini menyebabkan tekanan pada lutut. Lutut pun akan sakit lah. Huhu

Tendon Achilles menjadi pendek
Tendon Achilles adalah penghubung yang menghubungkan otot betis dengan tulang tumit dan memastikan jari-jari kaki fleksibel ketika berjalan. Pemakaian kasut tumit tinggi yang kerap boleh menjauhkan tapak kaki dari bersentuhan/selari dengan permukaan tanah, maka Tendon Achilles tak dapat 'memanjang' sepenuhnya dan akan menjadi pendek dan tak berasa selesa bila pakai flat shoes

If korang perasan, time pakai high heels seharian, then bila tanggal kasut tu, mesti korang rasa tapak kaki rata semacam bila pijak lantai lepas tu rasa letih kat bahagian betis. 

Kecacatan Haglunds
Dimana berlaku pembesaran tulang bahagian belakang kaki sehingga bengkak, merah dan sakit. Perjalanan darah tak lancar.

Pengaruhi tahap kesuburan
Menyebabkan sakit pada bahagian rahang, leher dan kepala serta kitaran haid tak stabil. Sistem pembuangan tak lancar dan sukar untuk membuang air besar atau kecil. Boleh membawa masalah kesuburan.

Kalau kerap sangat pakai kasut macam ni memang beri kesan jangka masa panjang. Cuba ubah dengan pakai flat shoes/sneakers sesekali tu kan, boleh rehat sikit kaki tu dari asyik terseksa je pakai tumit tinggi ni. Nak pakai yang bertumit pun boleh tapi jangan lebih dari 1 inci. Wahhhh.... ok lah tu, tak payah tinggi sangat.

Ni pun kira comel apa.. Ho ho ho

Trend anak muda zaman sekarang. :)


Ok lah, sampai sini saja. TQ  :)

No comments:

Post a Comment