Monday, March 11, 2013

Mimpi iPhone 5



Assalamualaikum and hye... :)

Semalam sambil-sambil buat assignment, ada jugak google iPhone 5, berangan nak memiliki gadget yang berjenama terkenal dunia tu. Siap survey kat Mudah.my lagi. 

Lepas tengok-tengok dan kenalpasti fungsi dia macam berminat sangat-sangat, plus 1 of my friends dah grab awal-awal lagi. Dia ada 2 warna iaitu hitam dan putih. Ciri-ciri dia korang boleh tengok sendiri kat website dia sebab malas nak terangkan lagipun tak banyak beza pun dengan iPhone 4.

front and back

white colour

Kemudian bila dah siap semua assignment, aku pun kemas-kemas barang, cuci muka pastu tido. Ok, macam mana entah, boleh plak mimpi pasal iPhone 5 ni.

Beli kat mudah.my, pastu survey punya survey ada yang nak jual dengan harga RM1700. Kira murah nak di bandingkan dengan harga asal. Call mamat yang iklan kan gadget ni konon dia nak jual.

Esok plan nak jumpa kat area rumah aku ni, malam tu jumpa dia. Dia datang dengan kawan dia sorang. Lepas dah berbincang, hati jadi tak sedap plak. Dia kata harga bukan RM1700 tapi RM2100. I was like, O_o Haa!! (baik beli kat kedai je).

Tanya dia, "kenapa harga dah berubah?"

Mamat tu jawab, "Maaf lah, saya memang dealer dari Apple center, saya tak jual terpakai"

Aku pon ok jelah, malas nak pikir-pikir sangat. lagipun dah malam. Aku pun withdraw duit dan bayar pada dia. Set box iPhone 5 warna putih aku dapat. Tapi aku pun tak teringat yang aku bagi dia pegang HP aku lagi 1, Samsung Galaxy Ace, tapi dah retak skrinnya. Nampak mereka berdua berbisik sesama sendiri tapi apa yang dibisikkan aku tak tau.

Aku pun pulang dengan rasa perasaan yang pelik!

Dalam perjalanan pulang tu, baru aku sedar yang HP aku ada pada dorang. Aku cuma bawak iPhone 5 yang baru dibeli jek. Excited bebenor!

Tapi bila patah balik tengok dorang dah pergi! Ok, aku pon terus pergi kedai untuk beli nombor fon yang baru. Bila bukak kotak fon baru tu, aku terkejut gila sebab iPhone 5 yang aku dapat bukan ORIGINAL, tapi CLONE punyaa.... haaa amik kaw!

Apa perasaan aku masa tu? 

1) Aku rasa sayang dengan fon lama tu, tapi dah takde, plus nombor fon lama tu penting!
2) Rasa macam bodoh sangat sebab tak check kotak tu depan dorang. ;(
3) Duit dah burn sebanyak 2k, saving rasa tak cukup plak sebab time tu baru sedar membazir.

Tiba-tiba terjaga dari tido terus rasa down sangat and nak nangis.. rasa benda tu macam real je. Tangan meraba-raba sisi katil nak grab fon, tengok jam dah pukul 2.45 pagi.

Terus bangun pergi toilet terus amik wuduk dan solat isyak.

Haa.. itu lah dia penangan iPhone 5, hik hik hik

Lepas ni takde dah pikir nak tukar fon baru, sebab rasa fon yang ada ni dah cukup bernilai walaupun skrin retak. ;P

Owh yer, x dapat nak tunjukkan fon yang retak ni.. lain kali jelah.


Happy reading!  :)




No comments:

Post a Comment