Tuesday, April 30, 2013

Friendship

Assalamualaikum w.b.t....... Hallow hallow.. :)

Indeed meaning video ni... Jom layan!~


U all nilai lah sendiri yer... 

Selamat hari selasa. :P

Friday, April 26, 2013

Peminta sedekah VS Memberi sedekah


Assalamualaikum.. :)

Di hari yang mulia ini saya ingin mengongsikan 1 cerita pasal sedekah. Weehee~ :D

Ok! honestly speaking, kat area rumah aku ni ramai betul peminta sedekah tapi rata-rata semua muka yang sama dalam lain-lain minggu. 

Ada pelbagai gaya dorang minta duit dengan orang ramai. Ini apa yang aku nampak dan perasan. Ada sesetengah tu mungkin memang dia dah takde cara lain kot untuk survive. Tapi most of them pulak ambil kesempatan. Contoh ni dari pengalaman aku sendiri ok!

1st time masa kerja kat KL dulu selalu ulang-alik dari Kajang ke Bangsar naik Komuter + LRT. Time aku lunch dengan kawan2 yang lain, ada 2 orang buta sambil berpimpin tangan datang kat kedai makan minta derma dari meja ke meja. Seikhlas hati saya hulurkan duit walaupun tak seberapa nilainya. Lastly,2 3 hari lepas tu aku 1 train dengan dorang ni masa nak keluar kat station KL Sentral. Apa yang aku nampak dorang jalan laju macam orang CELIK! Siap tau lagi arah mana nak tuju tanpa bantuan sesapa. Tak pula dorang pimpin2 tangan. Tongkat yang dorang pegang macam buat syarat jek. Adehhhh....... 


Kali kedua, masa aku study kat Penang dulu aku jalan2 dengan family aku kat sana, pastu ada sorang budak yang memang messy datang kat aku hulur tangan. Dia cakap "Akak, saya nak duit, saya lapar... " Mula2 aku buat taktau je, tapi tengok budak ni asyik follow aku je dari belakang sampai naik rimas aku tengok. Aku pun hulurkan dia RM2 jek. Ok lah tu dari takde. Pastu brader kat situ senyum dengan selamba dia cakap "Habes la awak... " Aku tak paham apa dia cakap. Tiba2 aku nampak sekumpulan budak2 datang kat aku semua duk keliling aku mintak duit. Perghhhhhh............. haram jadah!


Ketiga, masa aku jalan2 dengan kawan2 kat mall, aku decide nak makan KFC. Masa aku nak ambil order kat kaunter, aku nampak sorang budak pompuan ni. Dia duk tengok2 je orang2 yang beli kat kaunter tu. Sambil pegang duit tah brapa sen je, pastu dia terus gi kat kaunter tu lepas turn aku. Dia cakap kat cashier tu, "Kak saya nak air milo singgit". Cashier tu tercengang terus inform supervisor kat situ. Pastu cashier tu pon terus lah bagi air milo yang budak tu mintak tanpa sebarang bayaran. Pastu budak tu pun blah sambil minum air tu macam takut2 je pandang sekeliling. Kejap lagi masa kita orang selesai je makan, masa keluar aku nampak ada 1 van ni datang kat budak tu pastu ada laki marah2 dia. Dorang pun naik van terus je blah. Tapi kita orang perasan ada beberapa budak dalam van tu.

Ke-4, aku kat KL masa datang stay sini sebab blajar gak. Tengah lepak dengan kawan2 kat kedai makan pastu ada sorang budak usia dalam 10-12 tahun mungkin, datang kat meja kami. Dia nampak tenang je dengan pegang tabung derma sambil cakap kat kita orang dia dari Sekolah Agama bla bla bla.. dari Kedah. Apa kejadah dari Kedah mai KL mintak derma malam2. Aku pun mulut takde insurans dengan selamba je tanya buat apa datang KL minta derma ni dik, patutnya kamu pergi blajar. Dia muka sedih plus takut2 jawab cikgu dia yang suruh!. Halamakk............ Seriously aku memang rasa kesian giler kat dia sebab jadi mangsa. Tapi aku bagi gak duit kat dia. Ikutkan hati memang nak je aku buat report tapi apa je tindakan dorang?

Kelima, ni masa aku jalan2 kat area jalan TAR dengan kawan gak. Tapi kali ni aku tak derma pun sebab asyik kena tipu jek... huhuhu. Ada pakcik dengan anak pompuan dia duk kat tepi bangunan sambil makan nasi putih sahaja! Si bapa pujuk anak makan tapi tak nak. Kawan aku ni pun rasa memang kesian giler terus dia belikan KFC untuk budak tu. Aku tak tau kalau tu cuma lakonan dorang je atau dorang memang golongan peminta sedekah.

1st time memang rasa kesian dengan dorang. Tapi apa yang aku terpikir, golongan macam ni bukan nya tak boleh cari makan dengan cara lain selain meminta sedekah?. Banyak je cara cuma kena usaha sikit lah.. bukan ambil jalan mudah untuk dapat kan duit.


Pastu aku ada bagitau kat umi (my mum) pasal hal ni. Pastu umi cerita, dulu ada orang cacat mintak sedekah kat daerah tempat kelahiran aku ni. Hari2 orang tu mintak sedekah alasan nak buat pembedahan untuk kaki dia yang cacat. Sebab apa cacat aku tak tau plak. 5 years later, orang tu masuk paper sebab dia meraih pendapatan lebih RM500 ribu dengan hasil meminta sedekah. Pakai BMW kau!! kau ade?? takde kan........... haha. Apa jadi dengan kaki dia?? Kaki dia macam tu jelaa.. takde perubahan.


Well, walaupun kita masing-masing tau memberi tu lebih baik dari menerima. Ya! betul.. tapi salurkan duit tu pada pihak yang betul lah.

Zakat tu wajib untuk bersihkan harta


Apa pun jangan jadi macam ni sudehh... :P

Banyak2 kan buat amal jariah yer... :). 


Wednesday, April 24, 2013

Happy Belated Birthday to Him

Assalamualaikum.. hye :)

Entry kali ni memang tak boleh blah sebab nak wish birthday untuk DIA yang ke-27, 23hb 4 tarikh lahirnya. Hahaha... poyo jer. :P. Bukan special boyfriend pon tapi teman tapi mesra. :P

Dah lama tak contact dia lepas gaduh dengan dia atas sebab yang memang boleh jadi gaduh punya. Memang sapa2 pon akan marah kalau dah kantoi. Tak tau lah salah sapa. Kalau ikutkan hati memang nak berbaik semula dengan dia tapi dia jek yang tak nak rasanya. Ok, takpe lah, nak buat macam mana kan....

Dengan niat yang baik tulus ikhlas sesuci di hati ni, andai kata awak terbaca atau terjumpa entry ni masa nak google nama awak nanti, saya nak ucapkan...



"SELAMAT ULANG TAHUN KELAHIRAN YG KE-27 UNTUK TAHUN NI.. SAYA DOAKAN AWK SIHAT-SIHAT JE KAT SANA, MOGA TERCAPAI IMPIAN TU.. INSYAA ALLAH. "

Sorry gambar sepotong kek jek. =,=

Well, hopefully dia terbaca dan terperasan lah entry ni bila-bila masa nanti kalau dia ternampak.. Maaf kan saya okay! Nak bagi message pun bukan berbalas.. Harap hang ingat kat aku lagi. Huhu


Dedicated to ADIPUTRA TG HALIM


P/S: Confirm sat gi mesti ada yang pikir bukan2 pasal entry ni.. NO NO NO! Saya single lagi. 

K Bye. :)

Tuesday, April 23, 2013

Segmen Bloglist Tambah Follower PariPariPutih

Assalamualaikum... Hye :)

Untuk pertama kalinya aku join Segmen ni. :p


Nak join click kat banner


DUE DATE : 4 MAY 2013

Syarat - syarat :

1) Seorang blogger (tak cantik tak apa, encem perlu! Haha)
2) Follow blog PARIPARIPUTIH (Wajib!). Tolong nyatakan anda followers yang ke berapa. 
3) Buat Tajuk Entri : Segmen Bloglist Tambah Follower PariPariPutih
4) Letak banner segmen kat atas ni dan linkkan ke entri ini
5) Selesai? Letakkan entri korang kat komen entri ini

Mari kita support PariPariPutih

Hehe.. Bye :)

Monday, April 22, 2013

Masa kecik2 aku nakal

Assalamualaikum... hello guys. :)

Hari ni badan makin sihat cuma batuk je tak hilang2 lagi.. Nak cerita ni masa kecik dulu saya nakal. Nakal kenapa? haaaa.... tengok ni..


Masa kecik2 saya nakal sebab dulu duduk taman pastu ramai kawan kat taman tu, suka sangat main dengan dorang. Dari pagi bangun tidur, mandi siap2, lepas sarapan je terus keluar umah cari kawan. Pastu tak ingat nak balik sampai dah nak maghrib! Tu pun ayah datang cari. :P

Masa kecik2 dulu nakal sebab suka ejek-ejek geng budak lain. Memacam lah, kekadang sampai gaduh konon masing2 bajet hero. LOL

Masa kecik2 saya nakal sebab setiap kali pergi kelas mengaji kat umah cikgu ngaji malam2 jek, mesti mintak ayah belikan gula2 atau keropok atau aiskrim. Kalau tak beli merajuk tak nak gi mengaji. =,=

Masa kecik2 dulu nakal sebab suka sangat berlawan dengan kawan2 main basikal sapa paling laju masa turun bukit, bukan takut kereta motor pun lalu lalang kat jalan tu, sampai kena marah dengan orang. O_o

Masa kecik2 saya nakal sebab cabar kengkawan sapa panjat tiang letrik paling tinggi dia menang. Tak tau bahaya sampai jiran report kat ayah. :'(

Masa kecik2 dulu nakal sebab pancit kan tayar kereta orang sampai kantoi, pastu orang tu report kat ayah. Habis kena rotan!

Masa kecik2 saya nakal sebab pernah terkoyakkan baju sekolah kawan masa bergurau.. Kesian dia..

Masa kecik2 dulu nakal sebab masa sekolah rendah umi suruh belajar pakai tudung tapi aku tak nak, last2 ustaz tegur suruh pakai tudung sebab ramai kawan2 dah start pakai tudung.

Masa kecik2 saya nakal sebab masa darjah 6 suka kumpul poster boybands dan pemain bola kelab Manchester United siap dengan buku2 dia skali yang paling best suka bawak gi sekolah tunjuk kat kengkawan, siap ubah nama dorang tulis kat buku latihan sekolah. Finally kena kaunseling.

Masa kecik2 saya nakal sebab masa sekolah rendah aku pernah letak gam kat atas kerusi, tiba2 jek cikgu masuk kelas pastu dia duduk kat kerusi tu. Sorry cikgu, saya tak sengaja...

Masa kecik2 dulu nakal sebab suka ponteng sekolah agama, datang sekolah sebulan 3 4 kali jek. Last2 cikgu buat report kat umi. Pastu suka pindah2 sekolah, alasan bosan kononnya, yang penting umi kata sekolah agama mesti sampai habis. Teruk betul perangai!

Masa kecik2 saya nakal sebab masuk je sekolah menengah form 1 dah pandai ponteng2 kelas, sampai cikgu cari aku 1 sekolah. Last2 buat announcement nama naik kat bilik pengetua.

Saya dulu nakal sebab pernah tampar budak cina masa form 2 sebab dia ambil buku teks saya without permission. Padan muka kau!

Saya dulu nakal sebab suka tidur dalam kelas time subjek sejarah dan kimia masa form 4 dan form 5 sebab banyak teori nak kena hafal.

Saya dulu nakal sebab masa form 5 dah mula ponteng sekolah sampai dapat "Surat Cinta" dari sekolah, kena marah dengan ayah pastu bagi alasan tak nak sekolah sebab tertekan banyak subjek tak boleh catch-up.



Cukup jela sekadar di sini jek saya boleh share... Tapi sekarang xde kejadahnya nak buat benda tu semua.. berubah sudah. :P

K Bye. :)

Saturday, April 20, 2013

Budak dulu vs budak sekarang

Assalamualaikum... Well hello.. :)

Ikutkan hati malas nak update blog ni sebab assignment berlambak dan demam lagi. Tetiba plak rasa macam nak share permainan aku masa zaman bebudak dulu. Beza dengan budak sekarang ni, sekarang bebudak makin bijak and advance. So, input yang dorang dapat tu memang kena open but it depend on situations.

Masa zaman2 90-an dulu...

Main baling selipar

Main nyorok2 (hide and seek)

Main congkak

Main guli

Main ceper (aku champion main ni)

Main tiang (time sekolah dulu)

Main titik-titik

Main getah atau zero point

Main lubang tikus

Main gasing

Tarik upih (sapa2 duduk kampung tau lah permainan ni)

Aku suka kartun ni

Kartun ni famous dulu kat tv

Keluang Man

Budak zaman sekarang dah moden, semua game yang dorang main ada dalam gadget. So, relax jelah.. tapi tak rare. Haha

Ipad. Semua ada dalam tu.

Playstation Portable

Up lagi, yang ni lagi best bagi aku. Aku ada PS1 dan PS2 jek tapi dah jahanam

Lepak kat Cyber cafe pon jadi. :p

Upin Ipin bebudak suka laa

Pun layan....

Banyak lagi sebenarnya tapi aku pun tak sihat, tak nak explain pepanjang... Nama2 permainan mungkin tak sama untuk korang. Satu lagi, time raya dulu budak2 main meriam still ada rules sebab ada abang2 yang guide, So jarang dengar putus jari lah, hilang kaki lah, hilang kepala lah. Tapi sekarang semua berlagak otai.. :p. Jangan marah. Huhu

Semua gambar ni aku google jek, kalau rasa macam aku curi gambar2 korang, mintak ampun bebanyak ea... sharing is caring. LOL

K Bye. :)

Monday, April 15, 2013

Offer pada sesiapa yang nak Editkan Blog

Assalamualaikum... 

Well hello.... :) 

 Aku pun tak tau apa aku dah buat dengan blog aku ni... cuba nak ubah tu ubah ni last2 jadi macam ni.. mission failed! konon nak edit kasi kemas tapi serabut lagi aku tengok adalah.. So, aku tak nak buangkan masa aku dengan benda2 ni semua, now open untuk sesiapa yang berminat nak tolong edit dan mencantikkan blog aku ni. Bayaran bleh runding.... 

Dengan syarat page aku ni mesti KEMAS, COLOURFUL, SIDEBAR TU SEMUA TERSUSUN, ADA DOODLES, HEADER PUN SAMA, ADA CBOX dan BANNER dan macam2 lagi lah.. 

Sesiapa berminat boleh tinggalkan comment kat bawah ni... :) 

P/S: Bulan ni aku busy dan tak boleh nak lebihkan masa dengan blog ni.. 


TQ :)

Sunday, April 14, 2013

Malaysian Accounting Students Convention (MASC 2013)

Assalamualaikum... :)

Saya sibuk sikit semenjak 2 3 menjak ni, macam yang saya dah bagitau kat dalam entry sebelum ni. Saya baru je balik dari UM petang tadi sebab sertai program MASC selama 4 hari (10-13 April). MASC ni mereka buat sejak tahun 2009. Mereka tu siapa? University of Malaya Accounting Club. Sponsor boleh tahan gempak jugak macam BDO Chartered Accountants, Price Waterhouse Cooper, Ernst & Young, Deloitte, KPMG and so on.


My 1st day, hari rabu aritu, ada career booth dan macam biasa lah opening ceremony mesti ada speech. Pastu malamnya terus ada games. Games biasa-biasa je tapi quite fun. Duduk dalam group and mix dengan students dari IPT lain, sesi kenal mengenal la kononnya. Ice breaking lagi sampai pukul 12 tgh malam. Then balik hostel yang mereka dah provide untuk kami semua stay sana.


During opening ceremony

The gimmick

Our 2nd activity which we should know who is our Facilitator that will be guide our group 

2nd day ada ceramah pasal investment and workshop. Tapi workshop mereka pecahkan kepada 3 atau 4 workshop (tak silap aku lah) untuk motivations. Dan setiap workshop tu lain-lain penceramah dan lain-lain tajuk. Kemudian, ada "Together We Love" which mereka jemput anak-anak dari rumah kebajikan. Malam plak ada investment game. Yang ni paling best bagi saya sebab memang tak pernah main pun game ni. Game dia memang macam real punya investment. Siap ada duit, kaunter-kaunter bank, property, share market semua lah. Really had fun. Pengalaman baru bagi saya sebab baru tau macam mana nak buat investment for the future. LOL

3rd day, accounting race kat Putrajaya sana. Pepagi dah kena move ke sana untuk game ni. Tapi saya tak pergi sebab badan tak sehat, terkejut barangkali sebab kepenatan. Huhu. Dengar cerita dari kawan-kawan yang lain kata game dia mencabar, dan sangat sangat sangat memenatkan. Terdapat 7 labs dorang kena pergi dan setiap lab distance dia memang jauh. Nak move dari 1 lab ke lab yang lain kena ikut masa yang telah ditetapkan (around 10 until 20 minutes). Dapat bayangkan lah dorang kena berlari keliling Putrajaya kot. Kesian dorang..... 

Malam tu ada convention dinner bertemakan "Glamrock" tapi saya dress biasa-biasa je dan tak ikut tema langsung dan apa yang penting dapat makan. =,=. Seriously, dinner dia memang enjoy. Ada lucky draw, karaokedancing. Yeahhhh!! dancing...... part ni dah macam clubbing. (Aku tak join dance tu pun) Nampak sangat dorang enjoy, release tension mungkin sebab penat dengan game kat Putrajaya. 


The photo session

Oppa Gangnam Style

Me and my group Faci

Last day cuma forum je tapi forum dia memang best "Will Audit be needed in 20 years?". Dimana panels from different background share out their experience and view in addressing this issue. Ada external and internal auditor, CEO, Exec chairman. Saya yang berangan nak jadi auditor kena fikir sendiri lah, bukan senang kot...... Then selesai je semua, kami semua pun balik..

The panels for forum session

I've got 2 certificates because of their typing error for my IC number (stated below my name) it's not my passport number. So, I need to do my own.. 

That's all from me....


Gambar untuk activity semua tu sorry tak dapat nak letak kat sini..

TQ. :)

Sunday, April 7, 2013

Suara tak best tapi kacak

Assalamualaikum.. hallo.. :)

Ok, kali ni macam ada sikap menilai sikit. Korang (girls) pernah tak cakap dengan sapa2 la (boys) dalam fon pastu dengar suara dia sedap giler. Ya! best dengar suara dia kalau bleh sampai termimpi-mimpi. (Ini over). 

Lepas tu bila jumpa, halamak!!~ rupa biasa-biasa je tak hensem mana pun macam beza dengan suara dia tu. (Ok, tak baik)

Seriously, ini melampau..

Atau, dalam fon dengar suara dia memang tak best kira garau semacam jek tapi skali jumpa perrrgggghhhh kacak siotttt............ Weeheee~


Aku ada gak prasan benda-benda macam ni, awal-awal lagi dah judge suara dia dulu sebab aku pun kekadang macam tu gak (Jahat). Perempuan ni tak ketara sangat suara dorang tapi ada gak macam tu, contoh suara Fasha Sandha bagi aku tak sedap mana pun tapi orangnya hot bleh tahan. Weeheee~ :P

Tapi agak-agak lah, lepas korang dah jumpa laki/pompuan tu jangan plak sampai korang tak nak contact dia lagi dah. Kawan buat cara macam kawan dan jangan memilih sangat. Aku pernah jumpa orang macam ni, kesian kot... Lain lah kalau dia tu buat korang rasa tak selesa. Aahhh... itu better tinggalkan. Huhu

Ok, tak baik judge orang macam tu kan.. but, honestly ni dah kebiasaan aku jumpa kot. Memang takde yang sempurna pun kita ni. 

Well, kalau hensem/cantik tapi perangai macam setan pon orang tak nak gak..

P/S: Don't judge a book by its cover! (Peringatan tuk aku gak.. :p)

Bye :)

Thursday, April 4, 2013

Busy Year

Assalamualaikum.. Hye :)


Title memang tak bleh blah, tah apa yang busy sangat aku pun tak tau.. tapi memang aku rasa this year agak pressure sikit. Yelah dah final year kan.

Apa yang busy nya tu? Busy sebab aku kena struggle hard untuk tingkatkan pointer aku yang agak jatuh sikit dari semester sebelum ni. Pastu ni dah 2nd last semester aku kat college ni, next semester dah last jadi kena cover 4 subjects lagi. 4 je kot! 4 subject je pun tapi susah gak nak capai pointer 3.5 above. Pape pun aku cuba lah jugak.

Dah nak abes study ni plak ada banyak aktiviti aku terlibat. Aktiviti yang aku rasa memang patut pun aku join. Sebab banyak gak manfaat aku dapat. Dapat ramai kawan-kawan dari Uni lain, dapat share knowledge dengan dorang, dapat bersuka ria.. muahaha!~ :P, dapat SIJIL. Woowwww~~

Memandang sekarang aku duduk hostel, tapi orang tak percaya aku duduk hostel. Kenapa? Yelah, college aku provide hostel agak mewah sikit (kononnya), tak macam orang lain. Tapi nanti masa practical, aku kena move out, so kena sewa luar lah. Nak mencari rumah sewa tu yang agak susah sikit. 

Tempat praktikal aku tak cari lagi, nak cari macam mana.. apply pun belum. Semua tu kena selesaikan dalam tahun ni jugak.

Wahh... tekanan dah nak abes blajar ni memang terasa..

Oh Tuhan, kau permudahkan lah segala urusan ku, perjalanan hidup ku, aku redha dengan ketentuanMu. Aminn


K bye. :)

Wednesday, April 3, 2013

PRU 13 #WORDLESS WEDNESDAY#

Assalamaualaikum.. :)




Parlimen dah bubar tapi jangan suka sangat yer.. 

k bye. :)

Monday, April 1, 2013

SPM penentu masa depan ke?

Hye.. Assalamualaikum. :)

Aku baru je tengok video terbaru Matluthfi tadi pasal soalan ramalan pasca SPM. Mesej yang dia sampaikan tu memang betul pun. Huhu. 

Yelah adik aku pun baru je amik slip SPM dia aritu dan result dia kurang baik. Nak marah pun tak guna sebab benda dah berlalu. Yang dapat straight A's tu memang bertuah badan atas usaha mereka jugakkan. Tahniah diucapkan.

Kalau adik-adik yang result dia tak berapa bagus tu takpe tak payah nak kesahkan sangat apa orang nak kata. Masih ada masa lagi, perjalanan hidup korang masih jauh dan kena lah buat perubahan dalam diri tu dari negatif ke positif. Banyak bidang boleh buat korang berjaya. Tak berjaya dalam pelajaran tapi berjaya dalam bidang lain. Pastikan bawa kejayaan yang bermaruah lah, bukan tak bermaruah.

Apa yang aku nampak lah sepanjang hidup aku lepas tamat sekolah dulu, mana-mana yang SPM dia result teruk tu tak bermakna hidup dia gagal macam tu jek. Dorang pun ada gak matlamat lain nak berjaya tapi tak bersandarkan dengan kelulusan akademik semata. Ada yang dah jadi ahli perniagaan. Wahhh... businessman kau! ada yang bukak butik, bukak bengkel kete, buat kek, etc. Semua tu kan berasaskan kemahiran.

Tapi yang cemerlang plak rata-rata mereka sambung balajar kat Uni atau kolej-kolej yang tawarkan course profesional. Lepas habis belajar, bila masuk alam pekerjaan belum tentu dapat tempat yang bagus kat mana-mana industri. Tu semua atas rezeki masing-masing.

Aku dulu jugak mengalami situasi yang sama masa lepas result SPM keluar dan result aku tak cantik mana pun. Aku mengaku dgn result SPM aku ada A,B,C,D,E...... G pun ada! So, aku takde pandai mana. =..=

Paling tak best semua orang nak tau, padahal takde apa yang nak dibanggakan dengan result tak seberapa tu. Biasa lah mulut orang kan, kejap je tu.. 


K bye. :)