Friday, April 26, 2013

Peminta sedekah VS Memberi sedekah


Assalamualaikum.. :)

Di hari yang mulia ini saya ingin mengongsikan 1 cerita pasal sedekah. Weehee~ :D

Ok! honestly speaking, kat area rumah aku ni ramai betul peminta sedekah tapi rata-rata semua muka yang sama dalam lain-lain minggu. 

Ada pelbagai gaya dorang minta duit dengan orang ramai. Ini apa yang aku nampak dan perasan. Ada sesetengah tu mungkin memang dia dah takde cara lain kot untuk survive. Tapi most of them pulak ambil kesempatan. Contoh ni dari pengalaman aku sendiri ok!

1st time masa kerja kat KL dulu selalu ulang-alik dari Kajang ke Bangsar naik Komuter + LRT. Time aku lunch dengan kawan2 yang lain, ada 2 orang buta sambil berpimpin tangan datang kat kedai makan minta derma dari meja ke meja. Seikhlas hati saya hulurkan duit walaupun tak seberapa nilainya. Lastly,2 3 hari lepas tu aku 1 train dengan dorang ni masa nak keluar kat station KL Sentral. Apa yang aku nampak dorang jalan laju macam orang CELIK! Siap tau lagi arah mana nak tuju tanpa bantuan sesapa. Tak pula dorang pimpin2 tangan. Tongkat yang dorang pegang macam buat syarat jek. Adehhhh....... 


Kali kedua, masa aku study kat Penang dulu aku jalan2 dengan family aku kat sana, pastu ada sorang budak yang memang messy datang kat aku hulur tangan. Dia cakap "Akak, saya nak duit, saya lapar... " Mula2 aku buat taktau je, tapi tengok budak ni asyik follow aku je dari belakang sampai naik rimas aku tengok. Aku pun hulurkan dia RM2 jek. Ok lah tu dari takde. Pastu brader kat situ senyum dengan selamba dia cakap "Habes la awak... " Aku tak paham apa dia cakap. Tiba2 aku nampak sekumpulan budak2 datang kat aku semua duk keliling aku mintak duit. Perghhhhhh............. haram jadah!


Ketiga, masa aku jalan2 dengan kawan2 kat mall, aku decide nak makan KFC. Masa aku nak ambil order kat kaunter, aku nampak sorang budak pompuan ni. Dia duk tengok2 je orang2 yang beli kat kaunter tu. Sambil pegang duit tah brapa sen je, pastu dia terus gi kat kaunter tu lepas turn aku. Dia cakap kat cashier tu, "Kak saya nak air milo singgit". Cashier tu tercengang terus inform supervisor kat situ. Pastu cashier tu pon terus lah bagi air milo yang budak tu mintak tanpa sebarang bayaran. Pastu budak tu pun blah sambil minum air tu macam takut2 je pandang sekeliling. Kejap lagi masa kita orang selesai je makan, masa keluar aku nampak ada 1 van ni datang kat budak tu pastu ada laki marah2 dia. Dorang pun naik van terus je blah. Tapi kita orang perasan ada beberapa budak dalam van tu.

Ke-4, aku kat KL masa datang stay sini sebab blajar gak. Tengah lepak dengan kawan2 kat kedai makan pastu ada sorang budak usia dalam 10-12 tahun mungkin, datang kat meja kami. Dia nampak tenang je dengan pegang tabung derma sambil cakap kat kita orang dia dari Sekolah Agama bla bla bla.. dari Kedah. Apa kejadah dari Kedah mai KL mintak derma malam2. Aku pun mulut takde insurans dengan selamba je tanya buat apa datang KL minta derma ni dik, patutnya kamu pergi blajar. Dia muka sedih plus takut2 jawab cikgu dia yang suruh!. Halamakk............ Seriously aku memang rasa kesian giler kat dia sebab jadi mangsa. Tapi aku bagi gak duit kat dia. Ikutkan hati memang nak je aku buat report tapi apa je tindakan dorang?

Kelima, ni masa aku jalan2 kat area jalan TAR dengan kawan gak. Tapi kali ni aku tak derma pun sebab asyik kena tipu jek... huhuhu. Ada pakcik dengan anak pompuan dia duk kat tepi bangunan sambil makan nasi putih sahaja! Si bapa pujuk anak makan tapi tak nak. Kawan aku ni pun rasa memang kesian giler terus dia belikan KFC untuk budak tu. Aku tak tau kalau tu cuma lakonan dorang je atau dorang memang golongan peminta sedekah.

1st time memang rasa kesian dengan dorang. Tapi apa yang aku terpikir, golongan macam ni bukan nya tak boleh cari makan dengan cara lain selain meminta sedekah?. Banyak je cara cuma kena usaha sikit lah.. bukan ambil jalan mudah untuk dapat kan duit.


Pastu aku ada bagitau kat umi (my mum) pasal hal ni. Pastu umi cerita, dulu ada orang cacat mintak sedekah kat daerah tempat kelahiran aku ni. Hari2 orang tu mintak sedekah alasan nak buat pembedahan untuk kaki dia yang cacat. Sebab apa cacat aku tak tau plak. 5 years later, orang tu masuk paper sebab dia meraih pendapatan lebih RM500 ribu dengan hasil meminta sedekah. Pakai BMW kau!! kau ade?? takde kan........... haha. Apa jadi dengan kaki dia?? Kaki dia macam tu jelaa.. takde perubahan.


Well, walaupun kita masing-masing tau memberi tu lebih baik dari menerima. Ya! betul.. tapi salurkan duit tu pada pihak yang betul lah.

Zakat tu wajib untuk bersihkan harta


Apa pun jangan jadi macam ni sudehh... :P

Banyak2 kan buat amal jariah yer... :). 


21 comments:

  1. Replies
    1. Haah.. memang sindiket.. tapi kesian plak tengok dorang..

      Delete
  2. cian ngan budak2 yg dipergunakan oleh sendikit :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang kesian.. klu nak tau budak2 kita yg hilang x jumpa2 tu jadi mcm ni la kt negara lain..

      Delete
  3. wow..byk betul pendapatan depa ya, kalah gaji kita..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah kalah gaji kita.. tapi kita ikut cara betul.. hehe

      Delete
  4. tangan yg memberi lebih baek dr tangan yg meminta...
    peace...
    sekadar perkongsian

    ReplyDelete
  5. sedekah memang amalan yg dituntut, tetapi kalau mereka benar2 tak berkemampaun ok lah,
    yg ditakuti mereka2 ini mengambil kesempatan atas kebaikkan orang itu yg susah tu kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah yg ambil kesempatan ni susah sikit.. tapi byk sgt ambil kesempatan plak tgok skrg ni..

      Delete
  6. bantu selagi termampu...yg paling penting keikhlasan......

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup.. bantu pada yg lebih memerlukan...

      Delete
    2. selamat berhujung minggu........padahal dh tgh mlm remy singgah nie.......

      Delete
    3. hahaha... sorry xde entry bru nk buat hang komen.. :P

      Delete
  7. mmg kat bandar2 besar ni kita tak boleh percaya sgt dgn org yg mintak sedekah ni...kdg2 tu kesian jugak...tapi sebab mereka2 yg menipu ni la rosak susu sebelanga..sampai kita tak tau mana betul mana tak....

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup betul tu.. rasa tak sampai hati tapi byk pula ambil kesempatan..

      Delete
  8. banyak pengalaman kamu ya pasal peminta sedekah...
    saya nie ikut mood, kalo rasa nak bg, bg la, kalo taknak jangan harap!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah byk.. sebab berlaku depan mata kn.. sy bg klu rasa dia mmg memerlukan, klu mcm tak betul tu mmg xde lah..

      Delete
  9. salam..terbaek entry ni..sy suka!! :) part no2 tu, ble baca terkejut jgak..ada eh yg cm2?? xpnah kena lg..yg dak kedah 2 mmg femes sgt..ramai dah yg share kt FB..tp xpe..tangan yg mghulur lbih baek dr yg menerima..part yg dpat rm500k 2 terbaek la..ha3, cmnelah hdup dia skrg..jgn ALLAH trik dgn tiba2 sudah sbb menipu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh yeke? thanks.. :) part no 2 tu dah kena time study kat penang dulu.. part rm500k tu betul tp skrg org tu taktau buat apa..

      Delete