Thursday, May 9, 2013

Sepi

Aku berjalan seharian. 
Terasa letih..
Keluhan kecil seperti berbisik
Antara dengar dengan tidak.
Cuba ku lawan dengan Istighfar.
Ku bermuhasabah
Insan disana lebih tabah tempuhi semua
Ini kan aku Ujian tak sehebat mereka
Kenapa?..

Suasana yang ceria ku rasa hening..
Tidak keseorangan tapi ianya cukup terasa.
Hanya kedengaran suara orang berkata-kata dihujung telinga.
Tidak halus tapi wujud.
Barangkali boleh jadi dosa dan juga tidak.
Konsentrasi kelihatan serius.
Padahal menerawang entah ke mana.
Kenapa?.. 

Aku bahagia..
Punya keluarga yang tidak kaya.
Mereka tak jemu-jemu beri semangat.
Secara lisan mahupun tulisan atau juga bentuk perlakuan.
Tak seberapa dan ianya amat bermakna.
Tapi masih ada yang mengata
Mungkin cemburu membakar diri
Aku masih tak paham
Kenapa?..

Duduk berkelompok macam-macam cerita
Jasad turut serta tapi jiwa tiada
Gelak tawa semua terukir indah
Dimata kita nampak sempurna
Duka di hati masing-masing belum tentu
Tiada siapa tahu apa terbuku di dalam
Kemungkinan hipokrit semua tu.
Kenapa?..

Kekuatan itu ada
Dan bukan untuk disalah gunakan.
Kuasa yang diberi hanya sementara
Semua tu Dunia! Dunia..
Porak peranda sana sini
Muafakat tiada langsung
Salah orang dicari, silap diri tak nampak
Kenapa?..

Bersyukur dengan apa yang dimiliki
Mereka disana tiada apa yang kita ada
Kenang nasib yang bakal syahid
Kebahagiaan hakiki terpancar diwajah
Bertuahnya mereka bersama Yang Maha Esa
Inikan kita masih lagi tidak sedar
Kenapa?..

Aku pilih untuk bersendirian
Tak bermakna tiada teman
Perbaiki yang lemah
DariNya ku tercipta, padaNya jua aku kembali
Minta pada yang Maha Kuasa
Aku berserah seikhlas hati
Walaupun tak sebersih hati orang beriman
Dia sahaja tahu
Keyakinan diri mula terbina
Aku tersenyum
Hilang sepi.....






Takde idea nak update blog. :P

4 comments:

  1. Tiada sepi hidup..bila senyuman memang tak lekang dibibir...Tiada sepi andai hari-hari kita dengan alunan ayat suci AL-QURAN...tiada lagi sepi..Andai kita Berserah Kepada ALLAH S.W.T

    ReplyDelete
  2. Sudah nominate awk dlm 1 award

    http://www.kucingsenyap.blogspot.com/2013/05/liebster-award.html

    ReplyDelete
  3. brilliant :)
    Thanks for reminding.

    ReplyDelete
  4. Cik akak datang nak jemput Join GA cik akak...


    http://sweetyzhanieyz83.blogspot.com/2013/05/simple-giveaway-bintang-mencari-cinta.html

    ReplyDelete