Monday, April 1, 2013

SPM penentu masa depan ke?

Hye.. Assalamualaikum. :)

Aku baru je tengok video terbaru Matluthfi tadi pasal soalan ramalan pasca SPM. Mesej yang dia sampaikan tu memang betul pun. Huhu. 

Yelah adik aku pun baru je amik slip SPM dia aritu dan result dia kurang baik. Nak marah pun tak guna sebab benda dah berlalu. Yang dapat straight A's tu memang bertuah badan atas usaha mereka jugakkan. Tahniah diucapkan.

Kalau adik-adik yang result dia tak berapa bagus tu takpe tak payah nak kesahkan sangat apa orang nak kata. Masih ada masa lagi, perjalanan hidup korang masih jauh dan kena lah buat perubahan dalam diri tu dari negatif ke positif. Banyak bidang boleh buat korang berjaya. Tak berjaya dalam pelajaran tapi berjaya dalam bidang lain. Pastikan bawa kejayaan yang bermaruah lah, bukan tak bermaruah.

Apa yang aku nampak lah sepanjang hidup aku lepas tamat sekolah dulu, mana-mana yang SPM dia result teruk tu tak bermakna hidup dia gagal macam tu jek. Dorang pun ada gak matlamat lain nak berjaya tapi tak bersandarkan dengan kelulusan akademik semata. Ada yang dah jadi ahli perniagaan. Wahhh... businessman kau! ada yang bukak butik, bukak bengkel kete, buat kek, etc. Semua tu kan berasaskan kemahiran.

Tapi yang cemerlang plak rata-rata mereka sambung balajar kat Uni atau kolej-kolej yang tawarkan course profesional. Lepas habis belajar, bila masuk alam pekerjaan belum tentu dapat tempat yang bagus kat mana-mana industri. Tu semua atas rezeki masing-masing.

Aku dulu jugak mengalami situasi yang sama masa lepas result SPM keluar dan result aku tak cantik mana pun. Aku mengaku dgn result SPM aku ada A,B,C,D,E...... G pun ada! So, aku takde pandai mana. =..=

Paling tak best semua orang nak tau, padahal takde apa yang nak dibanggakan dengan result tak seberapa tu. Biasa lah mulut orang kan, kejap je tu.. 


K bye. :)